Kontroversi Paul Yong Choo Kiong

Pendakwaan rogol

Pada Ogos 2019, Yong didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh di bawah Seksyen 376 dakwaan atas tuduhan merogol pembantu rumahnya di sebuah bilik di tingkat atas Jalan Meru 2, Taman Desa Meru, Ipoh antara jam 8.15 dan 9.15 pm pada 7 Julai 2019. Tuduhan pertama kali muncul sekitar awal Julai[10] dan walaupun siasatan polis dikembalikan, ia diserahkan kembali ke Jabatan Peguam Negara bagi tujuan penuduhan,[11] mengakibatkan Yong dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh atas kesalahan memperkosa pembantu rumahnya.[12] Kemudian, muncul penglibatan 'pihak ketiga'[13] dan Ngeh Koo Ham secara terbuka mengatakan bahawa beliau telah bertemu dengan orang yang dibayar untuk membuat laporan polis bersama dengan pembantu rumah.[14] Meskipun ada permintaan rasmi dari pihak peguam bela untuk mempercepat kes tersebut dan memindahkannya ke mahkamah tinggi bagi persidangan yang lebih cepat, pihak mahkamah tinggi menolak pemindahan itu, dan meminta agar kes didengar di mahkamah sesyen.[15][16] Mangsa dijaga di bawah akta perlindungan saksi di Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur, dan walaupun ada permintaan daripada ibu mangsa,[17] ditolak hak lawatan sementara semasa pengurusan kes. Pihak pembela juga telah meminta pihak pendakwa raya untuk menarik balik kes, memetik laporan kimia yang menunjukkan tidak ada jejak DNA-nya yang dijumpai pada barang pakaian serta bendalir badan daripada mangsa.[18]

Penglibatan 'pihak ketiga'

Yong memilih untuk pergi bercuti ketika tekanan terhadapnya semakin meningkat[19] walaupun sebelumnya menolak nasihat Menteri Besar.[20] Walaupun Yong meneruskan cuti, Yong kembali bertugas di persidangan Dewan Undangan Negeri Perak dari 16 ke 22 November. [21] Kemudian, ada dakwaan menerusi suatu rakaman bahawa ketua DAP Perak, Nga Kor Ming memarahi Yong oleh kerajna inisiatifnya untuk kembali bekerja, yang semakin menambah khabar angin bahawa ada 'tangan hitam' berada di belakang tuduhan itu.[22] Tuduhan muncul semasa Yong muncul di mahkamah ketika beberapa ratus penyokongnya muncul untuk menuntut pengunduran Nga.[23]

Desakan sokongan

Sungguhpun dengan tuntutan pembelaannya dan dakwaan kemunculan penglibatan pihak ketiga, Yong mengeluarkan kenyataan akhbar yang mendesak penyokongnya untuk terus menyokong parti (DAP) dan pemimpinnya.[24] Perkembangan berkaitan termasuk pengunduran awal dua orang ADUN, iaitu ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng dan ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih sebagai protes terhadap kenyataan Nga mengenai keputusan Parti mengenai nasib Yong dan bukannya jawatankuasa negeri Parti. Namun begitu, kedua-duanya kemudian mengalah dan kembali ke dalam jawatankuasa negeri atas rayuan lanjutan Yong.[25] Kedua-duanya kemudian dinafikan penempatan semula[26] dengan Nga secara terbuka membantah 'anggota yang gagal menepati barisan parti.'[27]